Bubur_kacang_hijau
Bubur_kacang_hijau

Bubur_kacang_hijau

Bubur kacang hijau merupakan sejenis bubur yang dibuat daripada kacang hijau, santan kelapa, nisan dan bahan-bahan lain.Bubur kacang hijau adalah makanan pencuci mulut Malaysia yang dibuat daripada kacang hijau dengan santan dan gula kabung, gula Melaka (nisan) atau gula tebu. Kacang hijau direbus sampai empuk, dan gula dan santan ditambahkan.Kadang-kadang disebut hanya sebagai kacang hijau, terdapat nama yang sedikit berbeza digunakan di berbagai wilayah di Malaysia, seperti buboq kaccang ijjau di Kedah, bubo kacce hijja di Kelantan, bubo kacang ijow di Terengganu dan sebagainya. Ini sering disajikan sebagai pencuci mulut, makanan ringan, minum petang, dan makanan pemujuk (comfort meal); Namun, bubur ini juga merupakan pilihan terkenal untuk sarapan atau makan malam. Di Malaysia, para peniaga restoran peribumi sering menghidangkan bubur kacang hijau setiap pagi dan tengah hari pada hari Jumaat sebagai sedekah dan amal jariah bagi jemaah yang ingin ke masjid menunaikan solat Jumaat. Mereka biasanya juga menawarkan roti bakar dan bubur cha cha.Hidangan bubur kacang hijau boleh dicampurkan bersama bahan lain seperti daun pandan, durian, mangga, pulut hitam dan sagu bagi meningkatkan lagi rasa enak.Bubur kacang hijau durian ini juga sedap jika dimakan bersama roti.Bubur kacang hijau yang dicampurkan dengan manisan nisan (gula Melaka) bewarna lebih gelap berbanding bubur kacang yang tidak dicampurkan dengan manisan nisan. Bubur itu juga memiliki rasa yang lebih kuat, hasil pengaruh rasa nisan itu sendiri.Bubur kacang hijau merupakan makanan kegemaran Noraniza Idris, Sarimah Ahmad, Nasir Bilal Khan, Aiman Tino, Siti Nurhaliza & Khai Bahar menunjukkan bubur ini mendapat tempat di hati warga Malaysia pelbagai latar belakang dan merentas generasi.