Budak_Kelantan
Budak_Kelantan

Budak_Kelantan

Budak Kelantan ialah sebuah filem Malaysia yang bertemakan kisah kehidupan dua orang sahabat lama kelahiran Kelantan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur yang jauh berbeza gaya hidupnya berbanding di kampung halamannya, diselitkan unsur-unsur rohaniah di sebalik kehidupan "gedebe" dan realisme yang seolah-olah melampau di ibu kota. Filem terbitan Alternate Studio ini dibintangi Mohd Kardanie Anwa (Danny X-Factor), Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman dan Bienda di bawah arahan sutradara kali pertama, Wan Azli Wan Jusoh.