Budaya_Kapitalisme

Budaya Kapitalis adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada beberapa perkara; cara hidup rakyat yang hidup di dalam masyarakat kapitalis, kesan ekonomi kapitalis secara global atau negara terhadap penduduk, dan pemikiran perniagaan yang diterapkan terhadap individu yang memakmurkan sistem ekonomi kapitalis.[1]Ciri-ciri utama pemikiran ini adalah kepercayaan terhadap segala aktiviti perniagaan yang melibatkan pencarian keuntungan secara maksima tanpa atau sedikit campurtangan dari kerajaan dan masyarakat. Aktiviti perniagaan adalah keutamaan bagi sistem manakala kerajaan bukanlah penggerak utama dalam sistem tetapi sekadar berfungsi sebagai penyokong terhadap aktiviti perniagaan serta meningkatkan fungsi-fungsi yang dapat menyumbang kepada peningkatan aktiviti perniagaan.[2][3]