Bufet
Bufet

Bufet

Bufet [bu-fé; pinjaman Bahasa Perancis: buffet] (juga prasmanan di sesetengah tempat di Indonesia) ialah kaedah penyajian makanan di mana makanan ditempatkan di kawasan umum yang boleh dikunjung dan dilihat orang ramai melayani diri sendiri mendapatkan makanan diingini.Bufet biasanya menawarkan hidangan panas, namun penyajian hidangan sejuk juga adakalanya wujud dalam sesetengah situasi; kedua-dua jenis penyajian ini disediakan bersama pinggan mangkuk dan sudu garfu. Ada juga penjamuan pelbagai makanan bersaiz kecil dan mudah dimakan hanya dengan tangan (finger buffet) termasuk kek cawan, kepingan piza, makanan pada batang koktel, dan sebagainya.Kaedah ini ditawarkan di pelbagai tempat termasuk hotel, restoran dan banyak acara sosial seperti kenduri. Malah; ada juga restoran bufet khusus yang lazim menawarkan pelbagai jenis hidangan yang boleh dipilih dalam harga yang ditetapkan - rumah makan nasi padang dan warung nasi campur merupakan antara contoh lazim di Nusantara.