Bughat

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)Bughat mengikut istilah syara’ ialah segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka kepada Ulil Amri (Khalifah), iaitu pemerintah (Daulah Islamiyah) yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari’at Islam.Manakala dari segi ilmu tatanegara pula, satu perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan Jarimah Siasah iaitu kesalahan dalam politik.