Bukit_Beruntung

Bukit Beruntung ialah sebuah perbandaran utama di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran Serendah di dalam daerah Hulu Selangor. Perbandaran utama ini dimajukan oleh Talam Corporation Berhad. Ia boleh dicapai melalui Persimpangan Bukit Beruntung Exit 118 dari Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan 3208 dari Sg. Choh (selepas papan tanda sempadan JKR Hulu Selangor dan stesen minyak Petron,Petronas) dan juga boleh melalui jalan pintas dari pekan Rasa. Perumahan utama terletak di Taman Bunga Raya. Bukit Beruntung Golf & Country Club juga terletak di perbandaran ini.