Bukit_Kepong_(filem)
Bukit_Kepong_(filem)

Bukit_Kepong_(filem)

Filem Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Jins Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada tahun 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM 1.3 Juta.[2]Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studios (syarikat pengedar dan pemasaran di bawah KRU International), yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos berjumlah RM100,000. Kerja teknikal sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia).[3]

Bukit_Kepong_(filem)

Bahasa Bahasa Melayu
Cerita oleh
PPP Ismail Johari
Berdasarkan Peristiwa Bukit Kepong
Disunting oleh Johari Ibrahim
Lakon layar oleh Jins Shamsuddin
Pengarah Jins Shamsuddin
Penerbit Jins Shamsuddin
Penulis Aimi Jarr
PPP Yusoff Ariffin
PPP Ismail Johari
Pecah panggung RM 1.7 Juta
Mula ditayangkan 1981
Syarikatpenerbitan
Jins Shamsudin Productions
Tempoh tayangan 110 minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh
Pengedar Jins Shamsudin Productions
Perbelanjaan RM 1.3 Juta