Bukit_Tagar

Bukit Tagar ialah sebuah kawasan di daerah Hulu Selangor. Bukit Tagar telah dijadikan tapak pelupusan sampah sejak 2005 seluas 800 hektar. Kawasan ini boleh dilalui melalui Persimangan Bukit Tagar Exit 119 dari Lebuhraya Utara-Selatan.Oleh kerana kedudukannya di hulu Sungai Selangor, sisa dari tapak pelupusan sampah telah mencemari bekalan air Sungai Selangor. Bekalan air berbau najis di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Hulu Langat pada 26 Februari 2006.Proses "leachate" (air larut resap) berlaku di tapak pelupusan sampah dan Jabatan Alam Sekitar cuba mengesahkannya. JAS melakukan ujian sampel air di setiap 1 km sungai itu bagi mengenalpasti punca pencemaran. Leachate akan meningkatkan kandungan amonia di Sungai Selangor dan Sungai Karang berhampiran.Tapak pelupusan sampah Bukit Tagar dikendalikan oleh KUB-Berjaya Sdn. Bhd (KBE), yang mendapat konsesi daripada Kerajaan Persekutuan bagi membangun, mentadbir dan mengurus tapak itu. Kajian syarikat itu mendapati sifar "leachate discharge".