Bukit_Tengah

Bukit Tengah merupakan sebuah pekan yang sangat dekat dengan Lebuhraya Utara Selatan di negeri Pulau Pinang, Malaysia dan terletak 10 km dari Bagan. Bandar Baru di Bukit Tengah sekarang ialah Icon City. Dia terletak di kawasan parlimen Batu Kawan.Pekan ini juga terletak di tengah perjalanan jalan keretapi dari bandar Butterworth dan Perai di Bukit Mertajam. Dewan Undangan Negeri bagi bahagian Bukit Tengah adalah dimasukkan ke dalam kawasan parlimen Perai. Di Bukit Tengah, terdapat banyak industri pekerjaan sama ada bebas atapun kecil dan sederhana (IKS). Selain itu, sebuah pusat hiburan yang terkenal dipanggil Autocity juga terletak di kawasan pekan ini iaitu di tepi Lebuhraya Utara-Selatan sahaja (bahagian dari Pulau Pinang ke Ipoh). Autocity ini adalah terletak di kawasan Bukit Tengah bukannya di kawasan Perai atau Juru.Pusat hiburan ini adalah sangat sesuai kepada golongan yang suka akan mendengar muzik dan menyanyi. Autocity ini juga kaya dengan kereta dan motosikal dan selalu akan mengadakan pertunjukan kereta dan motosikal yang mewah. Lebih kurang semua jenis syarikat kenderaan yang ada di Malaysia dapat dilihat di pusat hiburan Autocity ini. Pertunjukan kereta dan motosikal mewah di sini adalah lebih banyak dibuat pada waktu malam kepada setiap pengunjung. Di samping itu, terdapat juga pelbagai jenis acara seperti konsert dan persembahan tarian akan selalu diadakan di dalam Autocity. Acara-acara ini juga lazimnya dibuat pada waktu malam.Pada waktu tengah hari pula, keadaan trafik adalah sibuk di bank-bank dalam Autocity. Lebih kurang semua bank yang terdapat di Malaysia juga akan dijumpai di dalam Autocity. Seterusnya, di dalam Autocity juga telah dibuka banyak restoran francais dan juga restoran yang berkelas tinggi untuk menarik perhatian orang ramai. Kedai makanan biasa adalah kurang dilihat.Persamaan pekan-Bukit Minyak-Valdor Sungai-Perai