Kontroversi Bumiputera

Penduduk Malaysia yang bukan bumiputera merasa diri mereka tidak istimewa di kalangan masyarakat Bumiputera. Oleh itu, ada segelintir masyarakat Bukan Bumiputera bertindak agar hak mereka sebagai rakyat Malaysia sama seperti golongan Bumiputera. Ini adalah konsep MALAYSIAN,MALAYSIA bermaksud semua rakyat Malaysia adalah untuk Malaysia. Tetapi usaha mereka ini tidak kesampaian kerana sudah tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan di mana golongan bumiputera tetap berada di kedudukan istemewa di dalam negara ini, dan Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan negara.