Pembikinan Bunohan_(filem)

Idea

Idea menerbitkan filem ini telah lama dirancang sejak dahulu. Bermula dengan tajuk `Bunga Lalang’ bersempena nama panggilan Adil dalam gelanggang tomoi, akhirnya ditukar kepada nama `Bunohan’ berikutan latar tempat filem ini. Semasa melakukan penyelidikan, Dain selaku pengarah, telah menemui beberapa orang Kelantan. Mereka memberitahu beliau untuk pergi ke tempat dipanggil `Bunohe’ sebagaimana panggilan masyarakat Kelantan. Beliau pada mulanya tidak percaya. Namun beliau akhirnya telah melawat tempat itu sendiri atas cadangan penduduk tempatan.

Pemilihan Pelakon

Faizal Hussein dan Dain Said ketika sesi pengambaran

Empat hingga lima tahun lalu, Dain mempelawa para pelakon untuk membintangi filemnya. Beliau tidak mempunyai ramai watak, tetapi sudah mengetahui pelakon yang bakal membawakan watak dalam filem tersebut. Beliau terus memilih Faizal Hussein sebagai Ilham, kerana beliau pernah bekerja denganya ketika pengambaran filem Dukun (telah diharamkan)

Bagi Faizal, beliau sudah mengetahui tentang tawaran filem ini sebelum pengambaran bermula. Beliau yang memegang watak sebagai pembunuh upahan begitu teruja untuk melakukan watak ini.

Pekin Ibrahim menjayakan watak Bakar, seorang anak yang tamak

Bagi watak Bakar, Dain menghadapi masalah kerana beliau buntu untuk mengambarkan cirri-ciri watak ini. Namun, beliau menemui pelakon yang sesuai untuk watak ini. Beliau memilih Pekin Ibrahim untuk membawa watak Bakar. Baliau yang dijadualkan untuk watak kecil selaku pelakon pembantu, berjaya mengagumkan Dain dan terus dianggakt selaku pembawa watak ini. Menurut Pekin, beliau menangis apabila mendapat watak ini, keranan beliau merasakan watak ini mencabar. Beliau membawa watak jahat secara bukan fizikal, sekali gus memberi cabaran buat beliau.

Watak orang Cina fasih loghat Kelantan bernama Jing menjadi salah satu cabaran buat Dain. Beliau mengakui terdapat ramai pelakon Cina berbakat, tetapi tidak ada yang menepati cirri-ciri watak tersebut. Beliau meninjau-ninjau di sekitar kawasan pengambaran dan akhirnya menemui Jimmy Lor. Beliau dilihat bersesuaian dan pernah bekerjasama dengan Faizal Hussein. Jimmy Lor merupakan seorang jurulatih seni mmpertahankan diri.

Zahiril Adzim dan Amerul ketika sesi pengambaran

Bagi menampakan susuk ubuh peninju tomoi, Zahiril Adzim selaku watak Adil, terpaksa meluangkan masa menjalani latihan tomoi pada bulan puasa. Beliau merasakan cabaran ketika membawakan watak ini. Beliau turut menyatakan bahawa setiap pelakon yang menjayakan adegan pergaduhan dimita melakukan pergaduahn secara betul. Namun, kecederaan yang dialami tidak membimbangkan.

Lokasi

Pasukan produksi mengenalpasti empat lokasi untuk file mini, jika salah satu lokasi menghadapi masalah cuaca. Bahagian paya bakau diambil di sekitar Terengganu, dengan menggunakan daya kreatif Dain sendiri, bagi menampakan paya bakau sempadan Kelantan-Thailand.

Perjalanan produksi diburukkan dengan musim tengkujuh, menyebabkan pengambaran tergendala selama tiga hari. Kadang-kala, cuaca panas terik di paya bakau memberi cabaran buat pasukan produksi. Bagi adegan terakhir, dimana pertandingan tinju tomoi diadakan, mereka terpaksa melakukan dengan cepat kerana keadaan hujan yang tidak mengizinkan. Pengambaran dilakukan pada waktu malam.

Bagi sinematografi pula, Dain menggunakan khidmat Tong, selaku sinematograf dari Thailand. Beliau yang sudah lama mengharungi kesusahan pengambaran, tidak gentar dengan cuaca. Beliau sudah memudahkan kerja Dain dalam memastikan pengambaran berjalan lancar.

Masalah haiwan liar di kawasan pengambaran turut dialami oleh pelakon-pelakon filem ini. Ketika melakukan adegan di sungai, mereka diberitahu ada buaya di kawasan terebut. Namun, Dain menafikan. Beliau ingin memberitahu bahawa buaya telah lama pupus akibat pemburuan besar-besaran di kawasan tersebut. Apa yang lebih merisaukan ialah haiwan liar yang hidup di kawasan paya bakau itu. Beliau sudah melihat kawasan itu terlebih dahulu. Maka, beliau mengambil langkah keselamatan dengan menempatkan pasukan perubatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan menyuruh setiap krew memekik skuat hati apabila berlaku kecederaan. Selain itu, krew-krew membaca doa sebelum memulakan kerja-kerja pengambaran.

Penyuntingan

Kerja-kerja penyuntingan dilakukan sebaik siab setiap babak. Bagi Dain, beliau menginginkan keadaan sebenar dan membuatkan penonton menghayati penceritaan dan alam semulajadi dalam filemnya.

Selain itu, kerja-kerja mengemaskini sistem bunyi dilakukan oleh pengarah sendiri. Bagi beliau, bunyi akan memberi makna kepada sesebuah cerita. Namun, beliau cuba mengimbangi supaya bunti tidak melebihi visual filem ini. Beliau turut meminta bantuan composer Tan Yan Wei (atau Yuan), bagi memberikan muzik yang tidak terlalu menjuruskan kepada muzik etnik. Namun, Yuan tidak sempat melihat hasil penuh file mini, kerana beliau meninggal dunia tidak lama setelah filem ini selesai.

Gangguan

Filem ini turut memberikan seribu kisah misteri semasa pengambaran dilakukan. Krew dan pelakon menyatakan baha mereka diganggu oleh makhluk ghaib yang berada di kawasan tersebut[5].

Rujukan

WikiPedia: Bunohan_(filem) http://demening.be/film/bunohan/ http://www.asiapacificscreenacademy.com/2012/10/20... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/bunohan-a... http://perangfilem1.blogspot.com/2012/10/keputusan... http://www.bunohan.com/bm/index.html http://filmschoolrejects.com/reviews/fantastic-fes... http://www.firstpost.com/bollywood/gangs-of-wassey... http://www.hollywoodreporter.com/review/bunohan-to... http://www.indiewire.com/film/bunohan http://www.malaysiandigest.com/entertainment/16313...