Bunyi ialah penggangguan
tenaga mekanik yang merambat melalui
jirim dalam bentuk
gelombang (melalui cecair dalam bentuk
gelombang mampatan, dan melalui pepejal dalam bentuk gelombang mampatan dan
ricih). Bunyi disifatkan secara lebih terperinci melalui ciri-ciri gelombang yang generik, iaitu
frekuensi,
jarak gelombang,
tempoh,
amplitud,
kelajuan, dan
arah (kelajuan dan arah juga digabungkan menjadi
vektor halaju, atau jarak gelombang dan arah digabungkan menjadi
vektor gelombang).Manusia merasai bunyi melalui
deria pendengaran. Kita mengenali bunyi sebagai getaran yang melalui udara dan boleh didengari manusia. Namun begitu, saintis dan jurutera mengamalkan definasi yang lebih luas bagi bunyi yang merangkumi
getaran ferkuensi rendah dan tinggi di udara yang tidak boleh didengari manusia, dan getaran yang melalui semua bentuk jirim, iaitu
gas,
cecair,
pepejal, dan
plasma.Jirim yang menampung bunyi dipanggil
medium. Bunyi merambat sebagai
gelombang tekanan ulang alik, lalu menghasilkan
pemampatan dan
rarefaksi. Zarah-zarah dalam medium dialihkan oleh gelombang lalu berayun. Kajian saintifik mengenai penyerapan dan pemantulan gelombang bunyi dipanggil
akustik.
Hingar (bunyi bising) sering didefinasi sebagai bunyi yang tidak diingini. Dalam bidang sains dan kejuruteraan, hingar ini merupakan komponen tidak diingini yang mengaburkan isyarat yang diingini.