Buruj
Buruj

Buruj

Dalam astronomi moden, suatu buruj atau konstelasi atau gugusan ialah kawasan yang dinyatakan di seluruh daripada sfera cakerawala. Kawasan-kawasan ini dikelaskan di dalam asterisme, yang merupakan corak terbentuk oleh bintang-bintang ulung dengan kedekatan nyata ke satu sama lain di langit malam Bumi.Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union, IAU) sejak 1922. Kebanyakannya dirujuk kepada 48 buruj dinyatakan oleh Ptolemy dalam Almagest bertarikh abad ke-2. Selebihnya dinyatakan pada abad ke-17 dan ke-18; yang terkini ditemui di langit selatan, dinyatakan dalam Coelum australe stelliferum oleh Nicolas Louis de Lacaille pada 1763.Ada juga sebilangan buruj terdahulu yang tidak diakui oleh IAU, atau buruj yang diakui dalam tradisi rantauan astronomi atau astrologi, seperti buruj-buruj Cina, Hindu atau Orang Asli Australia. Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam rajah contoh di sebelah, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.