Buruj_Cina

Buruj Cina merupakan kaedah pengelompokan bintang-bintang dari tamadun China Kuno yang berbeza sekali dari buruj-buruj yang diiktiraf oleh IAU kerana perkembangan astronomi Cina secara berasingan.Pada zaman silam di China, para pemerhati angkasa membahagikan langit malam kepada 31 kawasan, iaitu Tiga Lingkungan (三垣 sān yuán) dan Dua Puluh Lapan Puri (二十八宿 èrshíbā xiù). Tiga Lingkungan ini menduduki kawasan berhampiran Kutub Samawi Utara.Bintang-bintang dalam Tiga Lingkungan ini boleh dilihat sepanjang tahun.Dua Puluh Lapan Puri pula menduduki lingkaran zodiak, oleh itu boleh disamakan dengan dua belas buruj zodiak dalam astronomi Barat, cuma Dua Puluh Lapan Puri ini mencerminkan aliran Bulan dalam sebulan qamari dan bukannya kedudukan Matahari dalam setahun suria.