Burung_pemangsa
Burung_pemangsa

Burung_pemangsa

Burung pemangsa ialah spesies burung yang memakan spesies burung lain ataupun haiwan kecil lain seperti tikus, ular dan sebagainya. Burung pemangsa lazimnya merupakan ahli susunan Falconiformes (seperti burung helang) dan Strigiformes (burung hantu).Antara ciri-ciri kelebihan bagi burung-burung pemangsa ialah mempunyai saiz yang lebih besar berbanding spesies burung bukan pemangsa, kuku dan paruh yang tajam, penglihatan yang tajam dan mempunyai sayap yang lebar bagi memudahkannya mengawal penerbangannya ketika memburu mangsa.