Byzantium

Byzantium (B. Greek: Βυζάντιον) merupakan bandar purba Yunani Purba yang dipercayai dibina pada 667 S.M. Bandar ini ditawan oleh Empayar Rom pada 196 M. dan berkembang menjadi ibu kota Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur). Maharaja Constantine I telah menamakan semula bandar ini "Constantinople" sempena sendiri. Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih dari kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menguasai Constantinople dan menamakannya semula Istanbul.