C-130_Hercules
C-130_Hercules

C-130_Hercules

Pesawat udara turboprop empat enjin Lockheed C-130 Hercules, merupakan pesawat pengangkutan taktikal utama bagi tentera udara Amerika Syarikat. Hercules berupaya untuk mendarat dan berlepas dari lapangan terbang tanah yang pendek dan kasar, Lockheed C-130 Hercules merupakan pengangkut penumpang dan kargo dan digunakan dalan pelbagai peranan, seperti pesawat pembedil ( gunships ), pemerhati cuaca, tangki udara, pesawat bomba udara dan ambulan udara. Terdapat lebih 40 versi Hercules, dan ia digunakan secara meluas oleh lebih 50 negara termasuk Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama yang memperolehi pesawat berkenaan bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia. TUDM menggunakan pesawat ini bagi tugas unit payung terjun angkatan tentera, rondaan udara, maritim serta turut melaksanakan penerbangan ehsan disamping memberi tumpangan khas kepada unit-unit penguatkuasa awam seperti Polis Diraja Malaysia bagi tujuan latihan payung terjun unit elit Pasukan Gerakan Khas.Pesawat tangki KC-130 dilengkapkan dengan tangki bahan api besi tahan karat ( stainless steel ) boleh alih bersaiz 13,626 Liter (3600 galen) yang di bawa dalam ruang kargo membekalkan bahan api tambahan apabila diperlukan. Dua pod pengisian bahanapi di udara drogue dan hos diletakkan di sayap setiap satunya mampu membekalkan sehingga 1,135 Liter (300 galen) seminit kepada dua pesawat serentak membenarkan bilangan kitaran pantas bagi formasi empat pesawat (dalam tempoh kurang dari 30 minute).C-130 dijangkakan akan diganti dengan projek Pengangkutan STOL Maju Sederhana ( Advanced Medium STOL Transport )AMST USAF. Bagaimanapun, dengan pembatalan AMST, C-130 kekal dalam perkhidmatan. Pada masa kini model keluaran tunggal adalah C-130J baru.