CD-ROM

CD-ROM atau nama penuhnya compact disk read-only memory (ingatan baca sahaja cakera padat) ialah sejenis cakera padat yang menyimpan data yang boleh dibaca oleh komputer. Pada asasnya pemacu cakera padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser.