CH-47_Chinook
CH-47_Chinook

CH-47_Chinook

Helikopter CH-47 Chinook adalah sejenis helikopter ketenteraan pengangkut berat berenjin kembar, rotor tandem. Kelajuan maksimum mampu mencecah 315 km/j. Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika Syarikat diarahkan menyerah kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur. Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan seperti meriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ia diperlukan. Dan ini dapat dilakukan tanpa memerlukan landasan kapal terbang yang khusus.Sejak itu, helikopter CH-47 Chinook menjadi keperluan penting Tentera Darat. Helikopter ini boleh memuatkan sehingga 33 orang anggota tentera berbanding 8 hingga 10 orang yang boleh diisi dalam helikopter UH-1 Huey. Helikopter CH-47 Chinook boleh dipasangkan dengan 3 mesingan M60 untuk memberikan kebolehan memberikan tembakan bantuan kepada askar-askar yang mendarat. CH-47 Chinook menjadi pengangkut berat standard Divisyen Pertama Kavalri Udara.

CH-47_Chinook

Variasi Boeing Chinook (variasi UK)
Tinggi 5.7 m (18 kaki 11 in)
Diameter rotor 18.3 m (60 kaki 0 in)
Berat tanpa muatan 10,185 kg (23,400 paun)
Penerbangan sulung 1 September 1961
Kelajuan maksimum 170 knot (196 batu/j, 315 km/j)
Kadar panjat 10.1 m/s (1,522 kaki/min)
Kelajuan biasa 130 knot (137 batu/, 220 km/j)
Pengguna pertama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Australia
Tentera Udara Diraja Belanda
Tentera Pertahanan Diri Darat Jepun
Meriam M-134, mesingan mini 7.62 dan mesingan M-240 7.62
Panjang 30.1 m (98 kaki 10 in)
Enjin 2× kipas turbo Lycoming T55-GA-712
Krew 3 (juruterbang, pembantu juruterbang dan jurutera penerbangan)
Altitud tertinggi 5,640 m (18,500 kaki)
Berat berlepas maksimum 22,680 kg (50,000 paun)
Tujahan maksimum 3,750 kuasa kuda (2,796 kW) setiap enjin
Pengeluar Boeing Helicopters
Jarak pemanduan 400 batu nautika (450 batu, 741 km)
Berat muatan penuh 12,100 kg (26,680 paun)
Jenis Helikopter kargo

Berkaitan