CH-54_Tarhe
CH-54_Tarhe

CH-54_Tarhe

[[Sikorsky CH-54A dan CH-54B Tarhe adalah helikopter yang asalnya diberikan penamaan Model 64 oleh Sikorsky. Helikopter ini dikenali sebagai Skycrane kerana melakukan kerja-kerja berat mengangkut keperluan berat di medan perang.Helikopter ini mempunyai 3 orang anak kapal, iaitu juru terbang, pembantu juru terbang dan seorang ketua awak-awak yang mengendalikan jentera pengangkat (hoist). Helikopter ini berupaya mengangkat muatan yang berat dan besar dengan menggunakan kabel pengangkat. Penggunaan kabel ini membolehkan helikopter ini mengangkat muatan tanpa perlu mendarat terlebih dahulu.Helikopter ini juga boleh mengangkat kotak kontena yang digunakan untuk pelbagai kegunaan, termasuk penggunaan sebagai sebuah surgeri MASH, lengkap dengan mesin X-Ray, bank darah dan peralatan makmal. Kotak ini dilengkapkan dengan pendingin hawa membolehkan pembedahan dilakukan di mana sahaja. Kotak yang lain membolehkan helikopter ini mengangkat 45 orang anggota tentera serba lengkap.