CNN_International
CNN_International

CNN_International

CNN International (CNNI) ialah sebuah rangkaian televisyen berbahasa Inggeris yang menyiar rancangan berita, hal ehwal semasa dan perniagaan seluruh dunia. CNN International dimiliki Time Warner, dan bergabung dan sambil berkongsi banyak kandungan bersama CNN yang terhad kepada Amerika Syarikat dan Kanada.CNN International terdapat di kebanyakan tempat di merata dunia, melalui edaran satelit dan kabel. Capaian antarabangsanya melebihi 200 juta rumah tangga dan bilik hotel di lebih 200 buah negara. Bagi kebanyakan penggunanya siarannya percuma, namun sesetengah syarikat televisyen berbayar merangkumkannya dalam pakej TV berbayarnya, atau mengisukan saluran maya pada versi percuma melalui satelit yang sama.CNN International dianggap sebagai saluran berita kedua terbesar selepas BBC World.Pengarah pengurusan CNN International ialah Tony Maddox.