Cahaya_tampak

Cahaya (Jawi: چهاي), secara tepatnya dikenali sebagai cahaya tampak,[1] merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu manusia dan binatang melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter yang mana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari ialah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Interaksi ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.Sifat-sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya ialah sebuah mentol yang menyala dapat dilihat dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.