Cakoi
Cakoi

Cakoi

Cakoi, atau juga dikenali sebagai youtiao, churros goreng Cina, dan donut Cina merupakan doh berbentuk panjang yang digoreng dan berwarna perang keemasan apabila siap dimasak. Ia merupakan salah satu masakan masyarakat China dan turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soyaDi sebahagian kalangan penduduk utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko,[perlu rujukan] iaitu asal perkataan dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.