Cambridge
Cambridge

Cambridge

Cambridge [kéim-brij] adalah sebuah kota universiti dan ibu kaunti Cambridgeshire, England, yang terletak berdekatan Sungai Cam, kira-kira 50 batu (80 km) utara London. Kependudukan kota ini setakat sensus 2011 ialah sebanyak 123,867 orang termasuk 24,506 orang pelajar.[1][2] Ia menjadi sebuah pusat perdagangan utama ketika zaman-zaman Rom dan Viking, malah terdapat bukti arkeologi yang merumuskan penubuhan kawasan itu dari seawal Zaman Tembaga.Institut Universiti Cambridge yang menjadikan bandar ini terkenal diasaskan pada tahun 1209.[3]