Campa
Campa

Campa

Kerajaan Campa (Chăm Pa dalam bahasa Vietnam atau Chiêm Thành dalam rekod Hán Việt) merupakan kerajaan yang mengawal selatan dan tengah Vietnam kiri antara antara abad ke-7 hingga 1832.Kerajaan Campa ditadbir oleh 14 dinasti. Nama Campa telah wujud sejak 658M dalam satu prasasti Sanskrit yang dijumpai di selatan Vietnam Tengah sekarang. [1] . Mengikut sumber Sanskrit, Campa diterajui Bhadravarnom. Kerajaan Campa mendapat pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh ini telah lenyap pada kurun ke-15. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Chu Lien. Pelabuhan terkenalnya, Inderapura dan terdapat pegawai pemungut cukai dalam pentadbirannya. Kerajaan Campadipengaruhi agama Hindu.Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cam, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi'.Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Campa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penuh dengan keganasan'); dan Lâm Ấp, Hoàn Vương, dan Chiêm Thành oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Campa yang terawal.

Campa

Ibu kota Indrapura
(875-978)
Vijaya
(978-1485)Panduranga
(1485-1832)
Pemerintahan Monarki Mutlak
• Panduranga diduduki oleh Nguyễn Vietnam. Panduranga diduduki oleh Nguyễn Vietnam.
Agama Kepercayaan Cam, Hinduisme dan Buddhisme, kemudian Islam
Bahasa lazim Cam, Sanskrit
Sejarah  
• Diasaskan 192