Canary_Wharf

Canary Wharf (makna: "Dermaga Canary") adalah satu daerah perniagaan utama di London, di dalam Boro London Tower Hamlets. Ia adalah salah satu daripada dua pusat kewangan utama di United Kingdom (UK) – bersama-sama dengan Bandaraya London – dan terdapat banyak bangunan tertinggi di Eropah, termasuklah bangunan kedua tertinggi di UK iaitu One Canada Square terletak di kawasan ini.[1][2]Canary Wharf mengandungi sekitar 1.5 juta meter persegi (16 juta kaki persegi) ruang pejabat dan runcit, di mana sekitar 730 ribu meter persegi (kira-kira 49%) daripadanya dimiliki oleh syarikat Canary Wharf Group.[3] Sekitar 105,000 orang bekerja di kawasan ini[4] dan ia menjadi tempat bagi ibu pejabat pelbagai bank, firma perkhidmatan profesional dan pertubuhan media dunia dan Eropah seperti Barclays, Citigroup, Clifford Chance, Credit Suisse, EY, Fitch Ratings, HSBC, Infosys, J.P. Morgan, KPMG, MetLife, Moody's, Morgan Stanley, RBC, Deutsche Bank, S&P Global, Skadden, State Street, dan Thomson Reuters.