Cangkerang_(pengkomputeran)

Dalam bidang pengkomputeran, cangkerang (b. Inggeris: shell) ialah sebuah perisian yang menyediakan antara muka untuk pengguna. Pada kebiasaannya, istilah ini merujuk kepada kerangka untuk sesebuah sistem pengendalian yang menyediakan capaian terhadap khidmat sesebuah inti. Walau bagaimanapun, istilah cangkerang juga boleh diguna pakai untuk merujuk kepada perisian penggunaan dan mungkin juga merangkumi sebarang perisian yang membina komponen-komponen tertentu seperti pelayar web. Perkataan cangkerang digunakan berikutan hakikat yang cangkerang adalah lapisan terluar antara si pengguna dan kandungan dalaman sistem pengendalian (inti).Secara menyeluruh, terdapat dua kategori untuk cangkerang sistem pengendalian: iaitu baris perintah dan grafik. Cangkerang baris perintah menyediakan antara muka baris perintah untuk sistem pengendalian tersebut, manakala cangkerang grafik menyediakan antara muka pengguna grafik.Perbandingan manfaat-manfaat antara cangkerang baris perintah dan cangkerang grafik boleh dilihat dar pelbagai sudut. Penyokong baris perintah mendakwa bahawa sesetengah operasi boleh dibuat dengan lebih cepat dengan cangkerang baris perintah berbanding dengan cangkerang grafik (contohnya untuk memindahkan fail-fail). Walau bagaimanapun, penyokong grafik menganjurkan perbandingan keupayaan dan sifat cangkerang grafik yang ringkas. Pilihan terbaik sering kali ditentukan dengan melihat di mana komputer itu digunakan. Cangkerang baris perintah sesuai digunakan di komputer pelayan yang sering digunakan untuk memindahkan data dan memproses oleh pentadbir pakar. Sebaliknya, cangkerang grafik adalah lebih berguna untuk komputer yang ingin digunakan untuk menyunting imej atau video dan pembangunan untuk data yang berkaitan.Sistem pengendalian Microsoft Windows versi moden menggunakan Windows Explorer sebagai cangkerangnya. Windows Explorer menyediakan persekitaran atas meja yang seperti biasa, mempunyai menu Start, dan bar tugasan, begitu juga dengan pengurusan fail sistem pengendalian tersebut. Versi-versi lama turut didatangkan dengan Program Manager yang merupakan cangkerang untuk Microsoft Windows siri 3.x.Ramai individu dan pembangun yang tidak berpuas hati dengan antara muka Windows Explorer telah membangunkan perisian yang sama ada mengubah cara berfungsi serta penampilan cangkerang tersebut atau menggantikannya secara keseluruhan. WindowBlinds oleh StarDock merupakan satu contoh yang baik untuk aplikasi-aplikasi sebegini yang terdahulu. LiteStep, GeoShell dan BB4Win merupakan contoh-contoh yang baik untuk yang terkemudian.