Canselor_Jerman
Canselor_Jerman

Canselor_Jerman

Canselor [can-sě-lor] atau Kanselor [kan-sě-lor] (Bahasa Jerman: Kanzler) merupakan ketua pemerintah negara Jerman. Pemegang jawatan ini dilantik dalam kalangan ketua parti majoriti dalam Bundestag yang bertindak setaraf parlimen dalam negara tersebut; oleh itu, jawatan ini mempunyai persamaan dari segi pelantikan dengan jawatan Perdana Menteri di negara-negara lain yang berparlimen. Ketua Negara bagi Jerman pula ialah Presiden.Jawatan ini kini disandang Angela Merkel. Beliau menjadi wanita pertama memegang jawatan ini selepas parti pimpinannya, Kesatuan Demokratik Kristian memenangi pilihanraya umum 2005.