Capra_(genus)
Capra_(genus)

Capra_(genus)

Rujuk teks.Capra merupakan sebuah genus mamalia, iaitu rumpun kambing yang terdiri daripada sembilan spesies, termasuklah kambing liar, markhor, dan beberapa spesies yang bergelar ibeks. Kambing bela jinak (Capra aegagrus hircus) merupakan subspesies kambing liar (Capra aegagrus) yang dibela jinak. Pembelajinakan kambing terbukti seawal 8,500 tahun yang lalu.Kambing liar adalah haiwan yang hidup di kawasan gunung. Ianya sangat tangkas dan tahan lasak, mampu memanjat batu gondol serta hidup dengan tumbuh-tumbuhan yang jarang. Ianya dibezakan daripada genus Ovis iaitu rumpun biri-biri dengan terdapat kelenjar bau dekat telapuk, di dalam groin, dan di hadapan mata, serta ketiadaan kelenjar muka yang lain, janggut yang tumbuh pada yang jantan dan belulang tidak berbulu pada lutut kaki depan.[1]Kambing Gunung Rocky tergolong dalam genus yang berasingan iaitu Oreamnos.