Caravel
Caravel

Caravel

Caravel ialah sejenis kapal layar kecil dan mudah dikendalikan. Ia mula digunakan pada kurun ke-15 oleh Portugal bagi berlayar dan menjelajah pantai Afrika Barat dan Lautan Atlantik. Layar-layar yang berbentuk lateen memberi kelajuan dan keupayaan untuk berlayar menyongsong angin. Caravel banyak digunakan oleh para pelayar Portugal dalam penjelajahan di laut yang dilakukan pada kurun ke-15 dan ke-16 semasa Zaman Penemuan.