Menu
Cardcaptor Sakura KontroversiWalaupun ditujukan kepada pembaca/penonton kanak-kanak muda atau menghampirai remaja, terdapat segelintir pihak yang menyatakan bahawa dalam cerita ini terdapat elemen yang menimbulkan kepekaan masyarakat, terutamanya perhubungan Toya dan Yukito dianggap bagaikan homoseksual (dalam erti kata lain yaoi/shonen-ai). Unsur-unsur cinta monyet antara Sakura dan Syaoran atau Yukito juga kurang disenangi sesetangah ibu bapa.
Sewaktu ditayangkan di NTV7, anime ini menerima banyak potongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia atas sebab-sebab yang "sukar diterima" oleh peminat anime ini. Antara adegan-adegan yang ditelunjuk oleh peminat sebagai puncanya ialah bentuk bintang dalam bulatan yang bucunya menyentuh lilitan bulatan tersebut, yang serupa dengan lambang ajaran Syaitan/Black Metal. Paling ketaranya ialah terdapat episod-episod yang hilang atau tersalah susun dalam penyiaran, maka terganggunya jalan cerita.
Menu
Cardcaptor Sakura KontroversiBerkaitan
Cardcaptor SakuraRujukan
WikiPedia: Cardcaptor Sakura http://www.clowbook.com/ http://www3.nhk.or.jp/anime/sakura