Caretta

Penyu Tempayan (Caretta caretta), ialah sejenis penyu laut[5] yang tersebar di seluruh dunia. Ia adalah reptilia laut, dari keluarga Cheloniidae. Ukuran purata penyu Tempayan adalah sekitar 90 cm (35 in) panjang apabila matang, sungguhpun spesimen yang lebih besar hingga 280 cm (110 in) telah ditemui. Penyu Tempayan dewasa mempunyai berat kira-kira 135 kg (298 paun), dengan spesimen terbesar seberat lebih dari 450 kg (1,000 paun). Kulit bewarna dari kuning ke coklat, dan kerapasnya biasanya berwarna coklat kemerahan. Tiada perbezaan luaran antara jantina yang dilihat sehingga penyu menjadi dewasa, perbezaan yang paling ketara ialah penyu jantan dewasa mempunyai ekor tebal dan plastrons yang lebih pendek berbanding penyu betina.Penyu Tempayan boleh ditemui di Lautan Atlantik, Pasifik dan Lautan India, serta Laut Mediterranean. Ia menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di habitat air masin dan muara, dengan penyu betina secara ringkas naik ke darat untuk bertelur. Penyu Tempayan mempunyai kadar pembiakan yang rendah; Penyu betina bertelur purata empat rangkap telur dan kemudian menjadi mandul, tidak menghasilkan telur selama dua hingga tiga tahun. Penyu Tempayan mencapai kematangan seksual dalam tempoh 17-33 tahun dan mempunyai umur 47-67 tahun.Penyu Tempayan adalah maserba, makan terutamanya pada invertebrata hidupan dasar laut. Rahangnya yang besar dan berkuasa berfungsi sebagai alat yang berkesan untuk menceraikan mangsanya. Penyu Tempayan muda dieksploitasi oleh banyak pemangsa; telur terutamanya sangat terdedah kepada organisma daratan. Apabila Penyu Tempayan mencapai usia dewasa, saiznya yang menggerunkan membatasi pemangsaan kepada haiwan marin yang besar, seperti jerung.Penyu ini dianggap spesies terancam dan dilindungi oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam. Peralatan penangkapan ikan yang tidak diselenggara menyebabkan banyak kematian penyu. Penyu Tempayan juga boleh mati lemas jika mereka terperangkap dalam pukat tunda. Peranti pengecualian penyu telah dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kematian dengan menyediakan laluan meloloskan diri untuk penyu. Kehilangan pantai bersarang yang sesuai dan pengenalan pemangsa eksotik juga telah menjejaskan populasi penyu Tempayan. Usaha untuk memulihkan bilangan mereka memerlukan kerjasama antarabangsa, karena penyu berkeliaran di laut lepas dan pantai tempat ia bersarang kritikal yang tersebar di beberapa negara.