Carl_Linnaeus
Carl_Linnaeus

Carl_Linnaeus

Carl Linnaeus (dilatinkan sebagai Carolus Linnaeus, gelaran kebangsawanan   Carl von Linné  (bantuan·maklumat), 23 Mei [G.L.: 12 Mei] 1707 – 10 Januari 1778) ialah seorang ahli botani, fizik dan zoologi berbangsa Sweden yang mendirikan asas kepada skim tatanama binomial moden. Beliau dikenali sebagai bapa kepada taksonomi moden, serta juga dianggap sebagai seorang perintis ilmu ekologi moden.Linnaeus lahir di perkampungan Småland, di kawasan selatan Sweden. Bapanya merupakan orang pertama sepanjang salasilah keluarganya yang menggunakan nama keluarga yang tetap; sebelum itu, nenek moyangnya menggunakan sistem penamaan patronimik bangsa-bangsa Skandinavia (serupa dengan nama Melayu). Bapanya menggunakan nama kelatinan Linnaeus bersempena pokok linden di halaman rumah keluarganya. Linnaeus menerima kebanyakan pendidikan tingginya di Universiti Uppsala dan mula mensyarah ilmu botani di situ pada tahun 1730. Beliau berdiam di luar negeri dari tahun 1735–1738, di mana beliau mengkaji dan juga menerbitkan edisi pertama Systema Naturae di Belanda. Sekembalinya di Sweden, beliau menjadi profesor botani di Uppsala. Pada 1740-an, beliau mengembara ke merata Sweden untuk mencari dan menggolongkan jenis tumbuhan dan haiwan. Pada 1750-an dan 60-an, beliau terus mengumpul dan menggolongkan haiwan, tumbuhan dan bahan galian, lalu menerbitkan beberapa jilid penyelidikan lagi. Ketika saat ajalnya, beliau dikenali di seluruh Eropah sebagai salah seorang ahli saintis yang tersohor ketika itu.Ahli falsafah Switzerland Jean-Jacques Rousseau mengutuskan serangkap surat kepada Linnaeus: "Beritahunya saya tidak mengenali sesiapa yang lebih hebat di bumi."[2] Penulis Jerman Johann Wolfgang von Goethe menulis: "Kecuali Shakespeare dan Spinoza, saya tidak mengenali sesiapa yang sudah meninggal yang begitu besar pengaruhnya kepada saya."[2] Penulis Sweden August Strindberg menulis: "Hakikatnya, Linnaeus ialah seorang pemuisi yang kebetulan pula menjadi ilmuwan alam".[3]Dalam bidang botani, singkatan penulis yang digunakan untuk menandakan Linnaeus sebagai penentu nama spesies adalah sekadar L.

Rujukan

WikiPedia: Carl_Linnaeus //scholar.google.com/scholar?q=%22Carl+Linnaeus%22 //www.google.com/search?&q=%22Carl+Linnaeus%22+sit... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Carl+... //www.google.com/search?q=%22Carl+Linnaeus%22&tbm=... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Carl+Linnae... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... http://www.linnaeus.uu.se/online/life/4_0.html http://www.linnaeus.uu.se/online/life/8_3.html http://www.linnaeus.uu.se/online/life/9_0.html http://www.uu.se/english/