Kerjaya Carlo_Ancelotti

Pemain

Sebagai pemain, "Carletto" telah membuat penampilan sebanyak 26 kali bersama Itali, dan bermain di Piala Dunia FIFA 1990, di mana beliau merupakan rakan sepasukan bekas pengurus Inter Milan Roberto Mancini.

Beliau memulakan kareer kelabnya pada tahun 1976 bersama Parma A.C.. Pada tahun 1979, beliau berpindah ke AS Roma, sebagai kapten dan pemain tengah, di mana beliau memenangi Serie A (1983) dan empat Piala Itali. Dari 1987 hingga 1992 beliau bermain bersama A.C. Milan, dan merupakan sebahagian daripada skuad Milan yang memenangi Piala Eropah berturut-turut pada 1989 dan 1990.

Jurulatih

Ancelotti memulakan kerjayanya sebagai jurulatih bersama kelab Serie B, A.C. Reggiana 1919 pada tahun 1995 dan terus membawa mereka naik ke Serie A. Walau bagaimanapun, Ancelotti meninggalkan kelab tersebut dan kembali ke Parma pada musim seterusnya. Beliau membantu kelab tersebut memenangi Piala UEFA 1998-99. Beliau kemaudiannya menggantikan Marcello Lippi di Juventus pada musim seterusnya, tetapi gagal memenangi sebarang trofi selama dua musim di sana, hanya mampu menjadi naib juara Serie A dua kali. Itu semua berubah apabila beliau menyertai AC Milan pada tahun 2001 sebagai pengganti Fatih Terim yang dipecat.

Walaupun pada musim pertamanya beliau gagal membawa kejayaan untuk Milan, tetapi selepas itu, kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai. Anataranya, dua kejuaraan Liga Juara-juara UEFA iaitu pada musim 2002-03 dan 2006-07, juara Serie A dan Piala Itali pada musim 2003-04 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2007.

Pada awal Jun 2008, terdapat khabar yang mengatakan bahawa beliau akan menandatangani kontrak sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea, walau bagaimanapun Ancelotti and AC Milan telah menafikan khabar angin tersebut. [1]Pada 8 Jun percubaan kedua untuk membawa Ancelotti ke Chelsea juga menemui kegagalan setelah beliau menyatakan bahawa beliau hanya akan meninggalkan Milan untuk mengurus Roma, kelab di mana beliau menjadi kapten sewaktu kareer beliau sebagai pemain. [2]