Carol Owens (lahir
4 Jun 1971) ialah seorang pemain
skuasy dari
New Zealand yang memenangi Kejohanan
Skuasy Terbuka Dunia pada tahun
2000 dan
2003.Owens dilahirkan di
Melbourne,
Australia, tetapi menukar taraf kewarganegaraan apabila dia berpindah ke
Auckland,
New Zealand. Dia mula bertanding pada tahun
1990 dalam Terbuka Switzerland dan berjaya meenduduki tempat ke-17. Pusingan akhir pertamanya ialah ketika Terbuka Jepun pada tahun
1993 (menduduki tempat ke-2 selepas tewas kepada pemain
Kanada,
Heather Wallace). Kejayaan pertamanya ialah pada bulan oktober tahun yang sama di
Adelaide,
Australia.Selepas dia menukar menjadi warganegara New Zealand barulah dia mula bertanding dalam kejohanan dunia. Gelaran pertama Terbuka Dunia bagi Owens ialah pada tahun 2000 apabila dia menewaskan rakan senegara,
Leilani Joyce 7-9, 3-9, 10-8, 9-6, 9-1. Kejayaan ini berlaku selepas pertarungan sengit di peringkat separuh akhir menentang
Sarah Fitz-Gerald. Semasa
Sukan Komanwel 2002 dia memenangi pingat emas dalam acara berpasangan dan perak dalam acara perseorangan. Gelaran Terbuka Dunia kedua datang pada tahun 2003 apabila dia mengalahkan
Cassie Campion 3-9, 9-2, 9-7, 9-3. Dalam tahun yang sama dia menjadi pemain No. 1 dunia buat pertama kali.