Carta_Single_Gaon

Carta Single Gaon atau juga dikenali sebagai Carta Komprehensif Digital Gaon (Korea: 가온 디지털 종합 차트 Gaon dijiteol jonghab chateu) merupakan carta kebangsaan yang menetapkan kedudukan lagu paling laris di Korea Selatan dan ia disediakan oleh Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea Selatan. Carta ini merangkumi kandungan penstriman lagu, muat turun, muzik latar, nada dering, karaoke dan gabungan keseluruhan carta single. Ia juga menyenaraikan jualan single dari dalam dan luar negara mengikut format secara mingguan, bulanan dan akhir tahun. Carta ini mula melakukan tugasnya pada 11 April 2010[1] dan ia mendapatkan data secara dalam talian daripada pembekal muzik berasaskan web iaitu Bugs, Dosirak, Melon, Mnet dan Soribada.

Rujukan

WikiPedia: Carta_Single_Gaon http://www.allkpop.com/2011/11/gaon-releases-chart... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en...