Templat:KeelektromagnetanCas elektrik ialah
sifat fizik bagi
jirim yang menyebabkannya mengalami
daya apabila ditempatkan di dalam medan elektromagnet. Terdapat dua jenis cas elektrik –
positif dan
negatif. Bahan bercas positif tertolak daripada bahan bercas positif lain, tetapi tertarik dengan bahan bercas negatif; bahan bercas negatif tertolak daripada negatif dan tertarik dengan positif. Sebuah objek akan bercas negatif sekiranya mempunyai lebihan
elektron, dan sebaliknya akan bercas positif atau tidak bercas. Unit terbitan
Sistem Unit Antarabangsa untuk emnyukat sifat ini ialah
coulomb (C), namun
ampere-jam juga kerap digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik, selain juga unit
cas keunsuran (e) dalam bidang kimia. Simbol Q kerap digunakan untuk menandakan cas. Kajian bagi cara bahan bercas bersaling tindak ialah
elektrodinamik klasik, yang jitu selagi
kesan kuantum boleh diabaikan.Cas elektrik ialah
sifat abadi asasi bagi sesetengah
zarah subatom, yang menentukan
saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan menghasilkan,
medan elektromagnet. Saling tindak antara cas bergas dengan medan elektromagnet ialah sumber
medan elektromagnet, yang merupakan salah satu daripada empat
daya asasi (lihat juga:
Medan magnet).
Uji kaji abad kedua puluh menunjukkan bahawa cas elektrik
terkuantum; iaitu, terdapat dalam gandaan integer bagi unit kecil individual yang dipanggil
cas keunsuran, e, hampir-hampir sama dengan 6981160200000000000♠1.602×10−19
coulombTemplat:Physconst (kecuali untuk zarah
kuark yang mempunyai cas yang merupakan gandaan integer e/3).
Proton mempunyai satu cas e, dan
elektron mempunyai satu cas -e. Kajian bagi zarah sentiasa berubah, dan cara saling tindaknya ditengahi oleh
foton, ialah
elektrodinamik kuantum.