Cash_Farhan
Cash_Farhan

Cash_Farhan

Muhamad Asyrol Farhan atau lebih dikenali sebagai Cash Farhan (lahir 4 Januari 1996) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Cash Farhan mula berjinak di dalam bidang muzik ketika beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Yonsei, Korea Selatan pada 2016.Menarik tentang Cash Farhan, selain menyanyi beliau juga mahir bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan juga Bahasa Mandarin. Selepas pulang ke tanah air beliau menyambung pembelajarannya dalam bidang muzik di Academy Of Recording Arts. Beliau merupakan peminat kelab bola sepak Chelsea.