Castile-La_Mancha
Castile-La_Mancha

Castile-La_Mancha

Castile-La Mancha (bahasa Sepanyol: Castilla-La Mancha) ialah sebuah komuniti berautonomi di Sepanyol. Ia bersempadan dengan Castile dan León, Madrid, Aragon, Valencia, Murcia, Andalusia, dan Extremadura. Komuniti ini merupakan antara komuniti-komuniti berautonomi Sepanyol yang paling tidak padat. Ibu kotanya Toledo. Wilayah anda Albacete, Ciudad Real, Cuenca, Guadalajara dan Toledo.Castile-La Mancha pada suatu ketika tergabung dengan provinsi Madrid sebagai Castile Baru ("Castilla la Nueva"). Bagaimanapun, dengan penciptaan sistem kawasan separa autonomi (las autonomías) Sepanyol yang moden, ia dipisahkan, akibat jurang ketaksamaan ekonomi yang besar antara ibu negara dengan provinsi-provinsi Castile Baru yang lain.Adalah di provinsi ini bahawa Don Quixote, novel Sepanyol yang termasyhur yang ditulis oleh Cervantes, berlaku. Walaupun La Mancha ialah penara yang dirosakkan oleh angin kencang (manxa membawa pengertian tanah yang kering kontang dalam bahasa Arab; justera itu, takrif La Mancha langsung tidak berkait dengan perkataan Sepanyol, mancha, iaitu kesan kotor, yang diterbitkan daripada perkataan Latin, macula), ia masih merupakan lambang kebudayaan Sepanyol, dengan bunga matahari, kincir angin, keju Manchego, dan sudah tentunya, Don Quijote.La Mancha memiliki sejarah yang kacau-bilau. Mulai dari sejauh penguasaan Muslim terhadap semenanjung Iberia, La Mancha merupakan pusat kepada banyak pertempuran antara askar-askar Kristian dan Muslim. Tambahan pula, kawasan ini melihat banyak perjuangan pada abad ke-14 dan ke-15, dengan penyatuan Castile dan Aragon pada tahun 1492 di bawah Ratu Isabel dan Raja Ferdinand.