Cat
Cat

Cat

Cat merupakan satu istilah umum untuk sekumpulan keluaran cecair yang digunakan untuk melindungi dan menambah warna kepada suatu objek atau permukaan dengan melitupnya dengan lapisan berpigmen.Cat boleh digunakan pada hampir semua objek. Antara kegunaannya ialah dalam penghasilan seni, dalam salutan industri, sebagai bantuan memandu (penanda jalan) atau sebagai bahan awet (untuk menghalang kakisan atau kerosakan air). Cat merupakan satu keluaran separa siap, kerana keluaran akhir adalah perkara yang dicat itu.