Catherine_dari_Aragon
Catherine_dari_Aragon

Catherine_dari_Aragon

Catherine dari Aragon, juga dikenali sebagai Katherine atau Katharine (lahir: 16 Disember 1485, meninggal dunia: 7 Januari 1536) adalah ratu Inggeris dan isteri pertama Henry VIII dari England. Catherine adalah anak kepada Isabella I dari Castile dan Ferdinand II dari Aragon. Percubaan Henry untuk membatalkan perkahwinan mereka memulakan satu rentetan peristiwa yang akhirnya membawa kepada perpecahan England dari Gereja Katolik Rom.