Cats

Cats adalah persembahan muzikal yang dicipta oleh Andrew Lloyd Webber berdasarkan Old Possum's Book of Practical Cats dan puisi-puisi oleh T. S. Eliot. Persembahan ini telah dipentaskan di perlbagai negara dan diterjemahkan kepada lebih 20 bahasa. Cats pertama kali dipentaskan di West End, New London Theatre, pada 11 Mei 1981, diarahkan oleh Trevor Nunn. Setelah 8,949 pertunjukan di London, persembahan muzikal ini ditamatkan pada ulang tahunnya ke-21, iaitu 11 Mei 2002, memegang rekod persembahan muzikal yang dipentaskan paling lama hingga rekod ini dipecahkan pada 8 Oktober 2006 oleh Les Miserables. Pada 1998, Andrew Lloyd Webber menerbitkan filem Cats, dibintangi Elaine Paige, Ken Page, Sir John Mills, Michael Gruber, John Partridge, dan lain-lain.