Cecair adalah salah satu daripada empat
fasa jirim utama. Ia berbentuk
bendalir di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya.
Isipadu adalah tetap di bawah keadaan
suhu dan
tekanan yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas, satu permukaan rata akan terhasil. Permukaan cecair berkelakuan seperti membran kenyal yang mempunyai
tegangan permukaan, yang membenarkan pembentukan titisan dan
buih. Begitu juga
kekapilarian.Cecair biasanya tahan tekanan; ketumpatan
air contohnya, tidak akan berubah melainkan dikenakan tekanan giga
pascal.Cecair memberi tekanan kepada dinding sebuah bekas sama seperti kepada apa yang ada di dalam cecair itu sendiri. Tekanan ini dipindah tanpa sebarang pengurangan ke semua arah dan bertambah dengan pertambahan kedalaman.JIka sebuah cecair berkeadaaan pegun dalam sebuah
medan graviti sekata,
tekanan p {\displaystyle \ p} pada mana-mana titik diberi olehdi mana:Perhatikan bahawa formula ini menganggap bahawa tekanan
di permukaan air adalah sifar, dan kesan tegangan permukaan diabaikan.Isipadu cecair biasanya bertambah apabila dipanaskan dan berkurang apabila disejukkan. Objek yang diletakkan dalam cecair boleh mengalami fenomena
keapungan. Ini kerana
daya tarikan cecair adalah sederhana berbanding
pepejal dan
gas manakala kandungan tenaganya juga sederhana tinggi.Zarah-zarah yang terdapat dalam cecair tidak tersusun dengan teratur. Susunan zarahnya kurang rapat tetapi masih bersentuhan. Oleh itu, didapati lebih banyak ruang kosong wujud di antara zarah jika dibandingkan dengan
pepejal. Di sini, zarah-zarah adalah bebas bergerak, kelompok-kelompok zarah boleh menggelonsor atas satu sama lain tetapi dalam kawasan tertentu sahaja.Zarah-zarah mempunyai tiga jenis pergerakan iaitu:Cecair akan bertukar menjadi
gas apabila mencapai
takat didihnya, dan menjadi
pepejal apabila mencapai
takat leburnya. Cecair akan
tersejat menjadi gas walaupun di bawah takat didih. Penyejatan ini akan berlaku sehinggalah kepekatan wap cecair tersebut mencapai keseimbangan dengan
tekanan separa gas. Oleh itu, tiada cecair boleh kekal di
hampagas.Komponen cecair dalam satu campuran biasanya boleh dipisahkan menggunakan
penyulingan berperingkat.