Cecincin_zakar
Cecincin_zakar

Cecincin_zakar

Cecincin zakar merujuk kepada gelang getah yang di pakai pada pangkal zakar untuk menyekat aliran darah supaya zakar kekal ereksi.gelang ini menyebabkan rasa tidak selesa pada zakar dan melambatkan proses pancutan air mani.Kegunaan yang keterlaluan seperti terlalu lama atau ketat akan menyebabkan salah satu dari yang berikut berlaku (tidak lengkap).Keadaan di atas mampu mendorong kepada priapism, kecermasan perubatan yang, sekiranya tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan kerosakan teruk dan berkekalan seumur hidup, termasuk zakar membusuk (penile gangrene) yang mengakibatkan kemusnahan zakar. Cecincin zakar bagi kegunaan pengidap lemah tenaga batin sentiasa dibekalkan dengan arahan bahawa ia tidak sepatutnya digunakan melebihi 30 minit. Tertidur semasa menggunakan cecincin adalah bahaya utama boleh menyebabkan kerosakan kekal sepanjang hayat pada zakar.Zakar yang menegang lebih setengah jam mampu menyebabkan kulit menjadi lebam dan kehitaman. Jika lebih dari empat jam, darah boleh beku dalam zakar dan merosakkan zakar.Penggunaan alat pam yang tidak terkawal boleh menyebabkan otot zakar rosak dan menyebabkan benjolan dan ketulan keras yang dikenali sebagai plaques' yang menyakitkan dan mangakibatkan zakar terbantut atau tidak dapat menegang dengan selesa atau berkeadaan bengkon. Keadaan ini dikenali sebagai Peyronies.Penggunaan cecincin zakar perlu dielakkan bagi mereka yang menghadapi masaalah jantung, kencing manis, dan mereka yang mengambil ubat pencair darah (blood-thinning medications).