Cedric_Diggory
Cedric_Diggory

Cedric_Diggory


Cedric Diggory dilahirkan pada tahun 1977 dan mati pada 24 Jun 1995. Watak rekaan J. K. Rowling ini merupakan seorang pengawas dan kapten pasukan Quidditch bagi rumah Huflepuff yang memegang posisi Seeker. Beliau ialah anak kepada Amos Diggory dan mempunyai teman wanita iaitu Cho Chang. Cedric digambarkan sebagai seorang yang "pendiam" dan "sangat kacak".Dalam Harry Potter dalam Piala Api, watak beliau lebih menonjol dan di dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Robert Pattinson.