Celcom
Celcom

Celcom

Celcom Axiata Berhad atau Celcom (dahulunya dikenali sebagai Celcom (Malaysia) Berhad) ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM International). Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan telefon bimbit, Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan teknologi NMT-900 generasi pertama.

Celcom

Industri Perkhidmatan telekomunikasi mudah alih
Pemilik Axiata Group Berhad
Perancang utama Idham Nawawi, CEO
Ibu pejabat Menara Celcom Axiata
82 Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 53100, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang www.celcom.com.my
Ditubuhkan 1988; 32 tahun yang lalu (1988)
Perkhidmatan Rangkaian mudah alih satelit 2G, 3G, 4G