Celine_Dion
Celine_Dion

Celine_Dion

Céline Marie Claudette Dion (lahir 30 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi Kanada, berasal dari Quebec. Muzik beliau banyak dipengaruhi genre berbeza terutamanya dari rock dan R&B sehingga ke muzik gospel dan muzik klasik Eropah; lagu-lagu beliau sering dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris, namun beliau turut menyanyi dalam bahasa-bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Latin, Jepun dan Mandarin.Beliau dilihat sebagai salah satu artis berpengaruh dalam genre muzik pop sepanjang zaman. Beliau telah memenangi lima buah Anugerah Grammy; majalah Billboard turut memberi pengiktirafan kepada beliau kerana kekerapam beliau dalam carta pertama format radio kontemporari dewasa (Adult Contemporary).[1] Beliau merupakan artis nyanyian Kanada yang paling laris dengan jualan rakaman sebanyak 200 juta salinan dicatat seluruh dunia.[2][3]