Peristilahan Celt

"Celt" disebut /kelt/, dan "Celtic" sebagai /keltIk/ (dalam SAMPA). Sebutan /seltIk/ hanya patut digunakan bagi pasukan sukan tertentu (contoh. pasukan NBA, Boston Celtics, dan sebelah SFA, Celtic FC).

Istilah 'Celt' atau 'Celtic' boleh digunakan dalam beberapa cara — ia menentukan kumpulan orang yang bertutur atau keturunan daripada penutur Bahasa Celt atau orang Eropah prasejarah yang berkongsi ciri-ciri kebudayaan yang sama yang dipercayai berasal daripada budaya Hallstatt dan La Tene. Daripada istilah kini, 'negara Celtic' biasanya ditakrifkan sebagai Wales, Ireland, Scotland, Cornwall, Isle of Man dan Brittany disebabkan bahasa Celtic unik bagi kawasan ini. Kawasan Eropah lain yang dikaitkan sebagai Celtic adalah seperti Galicia di Sepanyol, dan Devon, Cumbria dan Northumbria di England.

Kajian DNA moden (seperti yang dilakukan oleh UCL) menunjukkan bahawa penduduk England kini sebahagian besarnya ialah keturunan Celtic/British kuno, sungguhpun England ketiadaan bahasa Celtic yang terselamat. Keadaan yang sama juga berlaku di Scotland, bahasa Gaelic terbatas kebanyakannya pada pinggir utara dan barat.