Cerita panjang Doraemon

Cerita Panjang Doraemon adalah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio tentang Doraemon, Nobita dan kawan-kawannya. Berbeza daripada cerita bersiri, cerita panjang ini mengambil masa yang lebih lama dan melibatkan cerita di luar kawasan biasa mereka kerana melibatkan dimensi, ruangan, masa dan planet yang lain. Watak baru yang khusus bagi cerita tersebut juga akan diperkenalkan bagi membimbing Nobita, Doraemon dan rakan-rakannya menjelajah dan tidak kurang juga yang merumitkan keadaan mereka.Cerita panjang Doraemon kebanyakannya telah dijadikan filem manga dan telah dan akan diterbitkan semula serta ditayangkan di pawagam.