Cerita_rekaan
Cerita_rekaan

Cerita_rekaan

Cerita rekaan atau singkatannya cereka [cĕ-ré-ka] (juga Mal.: fiksyen, Ind.: fiksi) ialah karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis. Ia mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek.Walaupun cerita rekaan adalah antara cabang besar dalam karya sastera, ia juga boleh merujuk kepada teater, sinematik atau karya muzik. Fiksyen berlawanan dengan bukan fiksyen, iaitu yang ditulis dengan fakta (atau, sekurang-kurangnya, dianggap fakta) acara, penerangan, pemerhatian, dan lain-lain (seperti biografi, sejarah, pengalaman).Fiksyen mungkin memasukkan atau merujuk kepada fakta atau peristiwa sebenar oleh si penulis sebagai sumber inspirasi.